Friday, February 19, 2010

TAUHID - KITAB TAUHID - 02

كتاب التوحيد
TAUHID
[HAKIKAT DAN KEDUDUKANNYA]

وقول الله تعالى: ( وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون )(1)
Firman Allah  :Maksudnya ;
“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah ( ) kepada-Ku.” ( Azzariyat: 56 ).

وقوله: (ولقد بعثنا في كل أمة رسولاً أن أعبدوا الله واجتنبواالطاغوت) (2)
Firman Allah  :Maksudnya ;
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada setiap umat (untuk menyerukan): “Beribadalah kepada Allah (saja) dan jauhilah thaghut” ( ) . (An – Nahl: 36).
الآية. وقوله: (وقضى ربك ألا تعبدوا إلا إياهوبالوالدين احسانا) (3) الآية.
Firman Allah  :Maksudnya ;
“Dan tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan beribadah kecuali hanya kepada-Nya, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. ( Al Isra’: 23).
وقوله: (واعبدوا الله ولا تشركوا به شيئا) (4) الآية.
Firman Allah  : Maksudnya ;
Beribadahlah kamu kepada Allah dan janganlah kamu menysirikkannya dengan sesatu pun.
وقوله: (قل تعالوا أتل ما حرم ربكم عليكم ألا تشركوا به شيئا) (5) الآيات.
Firman Allah  : Maksudnya ;
“Katakanlah ( Muhammad ) marilah kubacakan apa yang diharamkan kepadamu oleh Tuhanmu, yaitu “Janganlah kamu berbuat syirik sedikitpun kepadaNya,
قال ابن مسعود رضي الله عنه: من أراد أن ينظر إلى وصية محمد صلى الله عليه وسلم التي عليها خاتمة فليقرأ قوله تعالى: (قل تعالوا أتل ما حرم ربكم عليكم) – إلى قوله – (وأن هذا صراطي مستقيماً..) (6) الآية.
Ibnu Mas’ud  berkata: “Barang siapa yang ingin melihat wasiat Muhammad  yang tertera di atasnya cincin beliau, maka supaya membaca firman Allah  : “Katakanlah ( Muhammad ) marilah kubacakan apa yang diharamkan kepadamu oleh Tuhanmu, yaitu “Janganlah kamu berbuat syirik sedikitpun kepadaNya, dan “Sungguh inilah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah jalan tersebut, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain. ( ) ”
وعن معاذ بن جبل رضي الله عنه قال: كنت رديف النبي صلى الله عليه وسلم على حمار فقال لي: "يا معاذ أتدري ما حق الله على العباد، وما حق العباد على الله؟" فقلت: الله ورسوله أعلم. قال: "حق الله على العباد أن يعبدوه ولا يشركوا به شيئاً، وحق العباد على الله أن لا يعذب من لا يشرك به شيئاً" فقلت: يا رسول الله أفلا أبشر الناس؟ قال: "لا تبشرهم فيتكلوا" أخرجاه في الصحيحين.
Mu’adz bin Jabal  berkata:
“Aku pernah berbonceng dengan Nabi  di atas keledai, kemudian beliau berkata kepadaku: “wahai Muadz, tahukah kamu apakah hak Allah yang harus dipenuhi oleh hamba-hamba-Nya, dan apa hak hamba-hamba-Nya yang pasti dipenuhi oleh Allah? Aku menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui”, kemudian beliau bersabda: “Hak Allah yang harus dipenuhi oleh hamba-hamba-Nya ialah hendaknya mereka beribadah kepada-Nya dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatupun, sedangkan hak hamba yang pasti dipenuhi oleh Allah ialah bahwa Allah tidak akan menyiksa orang-orang yang tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatupun, lalu aku bertanya: "ya Rasulullah, bolehkah aku menyampaikan berita gembira ini kepada orang ramai? beliau menjawab: “Jangan engkau lakukan itu, karena khawatir mereka nanti bersikap tawakkul – tawakkal tanpa usaha.” (HR. Bukhari, Muslim).
فيه مسائل:
Pelajaran penting yang terkandung dalam bab ini:
الأولى: الحكمة في خلق الجن والإنس.
1. Hikmah diciptakannya jin dan manusia oleh Allah .
الثانية: أن العبادة هي التوحيد؛ لأن الخصومة فيه.
2. Ibadah adalah hakikat (tauhid), sebab pertentangan yang terjadi antara Rasulullah  dengan kaumnya adalah dalam masalah tauhid ini.
الثالثة: أن من لم يأت به لم يعبد الله، ففيه معنى قوله(ولا أنتم عابدون ما أعبد)(7).
3. Barangsiapa yang belum merealisasikan tauhid ini dalam hidupnya, maka ia belum beribadah (memperhamba diri ) kepada Allah . inilah sebenarnya makna firman Allah:
       
“Dan sekali-kali kamu sekalian bukanlah penyembah (Tuhan) yang aku sembah.”
( Al Kafirun: 3).
الرابعة: الحكمة في إرسال الرسل.
4. Hikmah diutusnya para Rasul [adalah untuk menyeru kepada tauhid, dan melarang kemusyrikan].
الخامسة: أن الرسالة عمَّت كل أمة.
5. Misi diutusnya para Rasul itu untuk seluruh umat.
السادسة: أن دين الأنبياء واحد.
6. Ajaran para Nabi adalah satu, iaitu tauhid [mengesakan Allah  saja].
السابعة: المسألة الكبيرة أن عبادة الله لا تحصل إلا بالكفر بالطاغوت؛ ففيه معنى قوله: ( فمن يكفر بالطاغوت ويؤمن بالله ) (8) الآية.
7. Masalah yang sangat penting adalah: bahawa ibadah kepada Allah  tidak akan terlaksana dengan benar kecuali dengan adanya pengingkaran terhadap thaghut.
Dan inilah maksud dari firman Allah  :
         
“Barang siapa yang mengingkari thaghut dan beriman kepada Allah, maka ia benar-benar telah berpegang teguh kepada tali yang paling kuat.” ( Al Baqarah: 256).
الثامنة: أن الطاغوت عام في كل ما عُبِد من دون الله.
8. Pengertian thaghut bersifat umum, mencakupi semua yang disembah selain Allah .
التاسعة: عظم شأن ثلاث الآيات المحكمات في سورة الأنعام عند السلف. وفيها عشر مسائل، أولها النهي عن الشرك.
9. Tiga ayat muhkamat yang terdapat dalam surat Al An’am amat penting kedudukannya menurut para ulama salaf, di dalamnya ada 10 pelajaran penting, yang pertama adalah larangan berbuat kemusyrikan.
العاشرة: الآيات المحكمات في سورة الإسراء، وفيها ثماني عشرة مسألة، بدأها الله بقوله: (لا تجعل مع الله إلهاً ءاخر فتقعد مذموماً مخذولاً)(9)؛ وختمها بقولـه: (ولا تجعل مع الله إلهاً آخر فتلقى في جهنم ملوماً مدحوراً)(10)، ونبهنا الله سبحانه على عظم شأن هذه المسائل بقوله: (ذلك مما أوحى إليك ربك من الحكمة) (11).
Ayat-ayat muhkamat yang terdapat dalam surat Al Isra mengandung 18 perkara, dimulai dengan firman Allah:
     •     
“Janganlah kamu menjadikan bersama Allah sembahan yang lain, agar kamu tidak menjadi terhina lagi tercela.”
( Al Isra’: 22). Dan diakhiri dengan firmanNya:
     •      •• 
“Dan janganlah kamu menjadikan bersama Allah sembahan yang lain, sehingga kamu (nantinya) dicampakkan ke dalam neraka Jahannam dalam keadaan tercela, dijauhkan (dari rahmat Allah).” (Al Isra’: 39).
Dan Allah mengingatkan kita pula tentang pentingnya masalah ini, dengan firman-Nya:
 •        
“Itulah sebagian hikmah yang diwahyukan Tuhanmu kepadamu.” ( Al Isra’: 39).

الحادية عشرة: آية سورة النساء التي تسمى آية الحقوق العشرة، بدأها الله تعالى بقوله: (واعبدوا الله ولا تشركوا به شيئاً) (12).
11. Satu ayat yang terdapat dalam surat An–Nisa’, disebutkan di dalamnya 10 hak, yang pertama Allah memulainya dengan firman-Nya:
         
“Beribadahlah kamu sekalian kepada Allah (saja), dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun.” (An Nisa’: 36 ).
الثانية عشرة:التنبيه على وصية رسول الله صلى الله عليه وسلم عند موته.
12. Peringatan terhadap wasiat Rasulullah  di saat akhir hayat beliau.
الثالثة عشرة: معرفة حق الله تعالى علينا.
13. Mengetahui hak-hak Allah yang wajib kita laksanakan.
الرابعة عشرة: معرفة حق العباد عليه إذا أدوا حقه.
14. Mengetahui hak-hak hamba yang pasti akan dipenuhi oleh Allah apabila mereka melaksanakannya.
الخامسة عشرة: أن هذه المسألة لا يعرفها أكثر الصحابة.
15. Masalah ini tidak diketahui oleh sebagian besar para sahabat ( ).
السادسة عشرة: جواز كتمان العلم للمصلحة.
16. Boleh merahasiakan ilmu pengetahuan untuk maslahat.
السابعة عشرة: استحباب بشارة المسلم بما يسره.
17. Dianjurkan untuk menyampaikan berita yang menggembirakan kepada sesama muslim.
الثامنة عشرة: الخوف من الاتكال على سعة رحمة الله.
18. Rasulullah  merasa khawatir terhadap sikap menyandarkan diri kepada keluasan rahmat Allah.
التاسعة عشرة: قول المسؤول عما لا يعلم: الله ورسوله أعلم.
19. Jawaban orang yang ditanya, sedangkan dia tidak mengetahui adalah: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.
العشرون: جواز تخصيص بعض الناس بالعلم دون بعض.
20. Diperbolehkan memberikan ilmu kepada orang tertentu saja, tanpa yang lain.
الحادية والعشرون: تواضعه صلى الله عليه وسلم لركوب الحمار مع الإرداف عليه.
21, Kerendahan hati Rasulullah , yang menaiki keledai dan memboncengkan salah seorang dari sahabatnya.
الثانية والعشرون: جواز الإرداف على الدابة.
22. Boleh memboncengkan seseorang di atas binatang tunggangan.
الثالثة والعشرون: فضيلة معاذ بن جبل.
23. Kelebihan Muadz bin Jabal.
الرابعة والعشرون: عظم شأن هذه المسألة.
24. Tauhid mempunyai kedudukan yang sangat penting.