Saturday, January 30, 2010

Bahasa Arab - Pendahuluan 03

ALATAN YANG PERLU UNTUK BELAJAR BAHASA ARAB
Supaya kita dapat belajar bahasa Arab pada peringkat permulaan ini dengan baik ada beberapa peralatan yang kita perlukan antaranya;
1. Kamus Melayu – Arab dan Kamus Arab – Melayu
Pada peringkat permulaan – kita baca kamus Arab – Melayu dengan suara yang kuat sekurang-kurangnya 5 muka sehari . Tujuan membaca dengan kuat ialah untuk membetulkan lidah dan dapat menyebut makhraj huruf dengan betul. Ia juga dalam masa yang sama dapat menambahkan perbendaharaan kata tanpa kita perlu bertumpu untuk menghafalnya . Kepada pelajar sekolah mereka tidak perlu untuk menguntukkan masa tertentu hanya boleh buat amalan ini pada waktu petang atau waktu malam sebelum tidur .

2. Buku poket – Dulu digelarkan sebagai buku 3 lima atau buku hutang . Buku ini digunakan untuk mencatat perkataan baru . Semoga dengan itu kita akan dapat memberi perhatian terhadap perkataan-perkataan baru dan dapat mengulangnya bila masa kita saja perlukan.

3. Buku terjemahan – Untuk peringkat seterusnya , kita perlu memilih mana-mana buku Arab yang telah diterjemah dalam bahasa Melayu . Dengan memiliki buku asal dalam bahasa Arab dan buku yang telah diterjemah . Kita boleh membuat latihan terjemahan dengan membuat perbandingan dari sudut pemilihan perkataan , gaya bahasa dan sebagainya . Latihan-latihan ini akhirnya akan memahirkan kita dalam menguasai bahasa Arab.

4. Buku karangan – cadangan buku karangan UPSR sebagai latihan menterjemah dan membuat karangan . Kalau dah mahir bolehlah menggunakan buku karangan bahasa Melayu PMR atau SPM seterusnya mana-mana buku yang sesuai.


5. Al quran terjemahan – di samping kita boleh membetulkan bacaan kita juga dapat membuat membandingkan terjemahan


LATIHAN UNTUK MEMPEROLEHI PERBENDAHARAAN KATA

Ada beberapa latihan yang perlu kita buat untuk memperolehi perbendaharaan kata . Secara kasarnya seperti berikut ;-
1. Setelah kita memiliki kamus maka latihan membaca secara kuat perlu kita buat secara berkala.( Seperti yang dijelaskan ).

2. Menterjemah satu ayat sehari dari Arab ke Melayu dan satu ayat sehari dari Melayu ke Arab . Dengan latihan sebegini memungkin kita untuk membina perbendaharaan kata tanpa kita menghafalnya secara khusus.

3. Membuat karangan bahasa Arab sekurang-kurangnya 100 patah perkataan seminggu sekali .

4. Membaca quran secara berkala setiap hari juga membantu kita membetulkan sebutan dan makhraj huruf

Latihan-latihan sebegini perlu dibuat secara berkala untuk memperolehi hasil secara maksima. InsyaAllah setakat ini , baik muda atau tua yang telah menggunakan cara ini dapat mengusai bhasa Arab dengan lebih cepat.

Selamat mencuba...