Alhamdulillah, marilah sama-sama kita mengucap syukur atas kurniaan Allah untuk berada di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini .
Ramadhan tahun ini kita sambut di saat kecelaruan masyarakat dalam hala tuju kehidupan , dalam mencari makna dari kehidupan . Kecelaruan inilah yang dapat kita lihat bila mana dalam beberapa bula lepas sebuah negara telah membenarkan dan mengguna pakai undang-undang perkahwinan sejenis . Bahkan PM negara tersebut juga mengamalkan cara hidup yang sama . Atas kehendak Allah juga negara tersebut telah diturunkan bala . Peristiwa perlakuan kaum Lut ini juga baru-baru ini menggemparkan negara kita . Kumpulan pencinta sesama sejenis ini telah membuat pertemuan dengan SUHAKAM untuk memohon agar hak-hak mereka dihormati dan di perakui .
Ramadhan tahun ini juga kita sambut dengn peningkatan yang amat membimbangkan dalam gejala sosial . Kes-kes pembuangan bayi dan penzinaan berlaku secara luar biasa . Nampaknya ugkapan beberapa pendakwah berkaitan Jahiliyah Zaman ini ada kebenarannya . Amalan Jahiliyyah dalam perbagai aspeknya telah menjadi amalan sesetengah masyarakat kita .Nauzubillah .
Asas kepada kecelaruan dan kebobrokan ini ialah kegoyahan akidah yang menjadi tunjang nadi kepada seseorang individu itu . Benteng akidah yang kuat sahaja memampan segala godaan dan pujukan syaitan . Di samping itu juga kita juga perlu untuk tinggal dalam suasana yang dididik atas asas akidah Islam yang kukuh .
Perkara ini telah diulas oleh Sheikh Abul Hassan Ali An Nadawi dalam kitab beliau yang barang kali boleh kita berkongsi iaitu :
ماذا خسر العالم بانحطاط المسلمين
Apa yang dunia rugi dengan kemunduran umat Islam.
Pada hemat saya buku ini wajar dimiliki dan dibaca oleh setiap orang khasnya para Dae'i .
InsyaAllah saya akan cuba uploadkan kitab ini dalam bahasa Arabnya setelah itu kalau saya dapati ada terjemahannya yang sesuai akan uploadkan juga .
Balik kita pada kisah Ramadhan yang datang dengan harapan dapat kita betulkan segala niat dan keazaman dan meningkatkan amalan kerohanian agar kita hampir dengan Allah dan mendapat pertolongannya dalam usaha murni kita.
Semoga Allah kabulkan segala amalan kita di bulan yang mulia ini... Ameeen