Friday, January 1, 2010

Bahasa Arab - Pendahuluan

بسم الله الرحمن الرحيم

JOM BELAJAR BAHASA ARAB

Pendahuluan

Ramai yang ingin belajar bahasa arab . Pelbagai sebab yang diberikan kenapa mereka ingin belajar bahasa arab. Ada yang menyebutkan untuk memahami alquran dan sunnah , ada pula tertarik dengan kesenian dalam bahasa itu sendiri . Tidak kurang pula ada yang tertarik kerana melihat orang-orang arab yang bercakap dengan rakan mereka yang mungkin belajar di Timur Tengah . Apa pun sebabnya jom kita mulakan persiapan diri kita untuk belajar bahasa arab baik dari dari segi spiritual mahupun mental.

Dalam ruangan ini saya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian beberapa teknik yang mungkin sedikit sebanyak dapat membantu pembaca sekelian dalam memahami asas-asas bahasa Arab.

Cuma saya mohon maaf kerana ada beberapa perkara yang saya belum mahir berkenaan blog ini menyebabkan apa yang nak saya ketengahkan dalam bentuk yang lebih baik tak dapat saya sampaikan. Walaubagaimanapun kita pakailah apa yang boleh bak kata orang dulu-dulu ” tak ada rotan akar pun berguna”.

Saya juga bukanlah professor dalam bahasa , Cuma cukup untuk diri sendiri pakai untuk berkomunikasi dengan mereka-mereka yang dari Timur Tengah dan kawan-kawan yang boleh berbahasa dengan bahasa Arab ini.

Sebahagian dari apa yang saya ketengahkan di sini merupakan suatu catatan peribadi ketika bertatih belajar bahasa yang ramai orang cakap sukar, payah dan pelbagai alasan lagi.

Saya pun kerap kali kena berdiri , di baling kapor oleh guru yang mengajar kerana mungkin saya pelajar yang agak lemah dan sukar memahami apa yang diajarkan . Tapi itu kisah waktu peringkat menengah dulu sehinggalah saya dapat kaedah dalam belajar bahasa ini..

Tak lupa saya ingin dadikasikan ucapan terima kasih kepada Ust Arsam Ahmad dan Ust Yazid Baharin dari Johor kerana sedikit sebanyak menunjukkan kepada saya teknik belajar bahasa yang betul . Jasa mereka tak dapat saya lupakan sehingga akhir hayat..

Salam Takzim

Penulis