Monday, January 4, 2010

Bahasa Arab - Pendahuluan 01

بسم الله الرحمن الرحيم

PERSIAPAN MEMPELAJARI BAHASA ARAB

Siri ini kita akan membincangkan sedikit sebanyak beberapa persiapan untuk belajar bahasa Arab . Khasnya kita dari persekitaran melayu dan kedapatan pula banyak kalimat-kalimat arab yang digunakan secara meluas dalam bahasa Melayu .

Siri ini juga akan menjelaskan sikap yang perlu ada pada diri individu yang ingin belajar bahasa Arab , serta persiapan dari sudut mental, spritual dan kewangan di samping persiapan material seperti kamus dan sebagainya .

Persiapan-persiapan awal mempelajari B.Arab.

1. Niat - niat memainkan peranan penting sedalam mana kita akan pergi dalam pembelajaran bahasa ini . Adakah niatnya sekadar untuk boleh berbahasa atau lebih jauh dari itu . Niat juga akan menjadi titik tolak semangat dan motivasi kita agar berterusan atau sekadar hangat-hangat tahi ayam .

2. Dari persekitaran kehidupan kita akan berjumpa individu yang menggalakkan kita , memberi dorongan dan kata-kata semangat . Tapi tak kurang juga individu yang cuba untuk menjatuh dan memusnahkan semangat kita dek sebab-sebab tertentu . Kita biasa mendengar ungkapan bahasa Arab sukar untuk dipelajari , kurang bahan rujukan dan tiada kawan sparing untuk bercakap . Ucapan-ucapan seperti ini memberi kesan jangka panjang dalam pemikiran kita bila kita berhadapan dengan masalah dalam memahami liuk lenggok bahasa .

3. Gagal dalam memahami masalah utama pembelajaran bahasa . Ramai yang menyangka bahasa Arab ialah Nahu (tatabahasa ) dan nahu serta saraf ialah bahasa . Jadi kebanyakan mereka memulakan pembelajaran melalui ilmu nahu dan saraf terlebih dahulu dari mengutamakan kepada pengkayaan bahasa itu sendiri . Timbul masalah dalam megadaptasi tatabahasa dalam perbualan dan penulisan kerana miskin bahasa walaupun mungkin berkemahiran dalam tatabahasa.

4. Tidak memiliki tool yang sesuai seperti kamus dan sebagainya . Tidak boleh digambarkan bagaimana seseorang yang ingin belajar bahasa tetapi tidak mempunyai kamus . Bahkan mungkin tidak mempunyai buku catatan pun .

5. Sikap tamak dalam mempelajari ilmu sangat dituntut . Tamak bermaksud setiap perkara , perbuatan dan tingkah laku yang boleh membantu kita untuk memahami bahasa itu menjadi keutamaan kita . Apa-apa pembaharuan yang kita jumpa baik berupa teknik , buku , journal dan sebagainya menjadi ketamakan kita untuk memilikinya .

6. Bersedia untuk membuang sikap malu melampau yang terdapat dalam diri kita . Malu untuk bercakap dalam bahasa Arab , bimbang dan takut tersalah hendaklah dibuang ketepi kerana sememangnya orang yang belajar bisa saja melakukan kesilapan . Dari kesilapan itulah nanti akan mengajar kita apa yang betul .

7. Sebenarnya dalam bahasa Melayu dah banyak perkataan arab diguna pakai seperti nama-nama hari , bulan-bulan Islam dan sebagainya . Ini sebenarnya dapat membantu sedikit sebanyak untuk kita mempelajari bahasa Arab . Walaubagaimana pun kita kena sentiasa awas dalam penggunaan sesetengah istilah yang mempunyai makna dan maksud yang tak sama dalam bahasa kita contoh kita sebut makan dalam bahasa arab bermaksud tempat dan sukkan bermaksud penduduk dan banyak lagi perkataan-perkataan sebegini akan menyebabkan berlaku kekeliruan kerana tulisan dan sebutan yang sama atau hampir sama dalam bahasa Arab akan tetapi memberi makna yang berbeza..Secara semula jadi juga beberapa individu mendapati diri mereka sukar menuturkan beberapa huruf bahasa arab dengan baik seperti huruf" ر" disebut sebagai "غ " .

Cukup sekadar itu dahulu .. bersambung lagi